hoktoto hoktoto gacor slot gacor hoktoto deposit hoktoto login totopedia totopedia gacor totopedia deposit totopedia login victory victory gacor victory deposit victory login kingdomtoto hoktoto victory Sejarah Perusahaan pt serayu makmur kayu indo

Bahasa Melayu

Puji dan syukur kami panjatkan ke hadrat Tuhan Yang Maha Esa, kerana kami telah diberi kudrat untuk mencoret segala rangkaian aktiviti persemaian dan penanaman pokok yang dilaksanakan oleh SERAYU GROUP sejak tahun 2000 sehingga sekarang.

SERAYU GROUP merupakan sebuah kumpulan persyarikatan swasta nasional, yang terlibat dalam bidang industri veneer, kayu lapis, bare core, block board dan S4S balsa. Bahan mentah yang digunakan oleh industri pembuatan kayu lapis, yang dikeluarkan di bawah payung kumpulan SERAYU GROUP secara asasnya adalah dari jenis kayu sengon, kayu afrika, gmelina, jabon, balsa dan kayu-kayu jenis lainnya yang berasal dari tanaman hutan komersial yang tumbuh dengan cepat.

Sejak dari awal penumbuhan, pihak pengurusan di SERAYU GROUP telah memiliki tekad yang tinggi untuk bersama-sama membangunkan kerja penanaman pokok di atas tanah awam yang berada berhampiran dengan lokasi industri kayu milik SERAYU GROUP melalui aktiviti persemaian, pembahagian anak benih dan penanaman di atas ladang persendirian atau tanah milik kerajaan, dengan jenis-jenis tanaman yang tumbuh dengan cepat ( fast growing tree species ) seperti albasia, jabon, afrika, gmelina dan balsa.

Dalam melaksanakan kegiatan perniagaan dalam bidang industri perkayuan, pihak SERAYU GROUP bukan semata-mata mencari keuntungan bagi menambah baik nilai hasil kepada syarikat, tetapi kami juga bertungkus-lumus untuk memanfaatkan sumber alam semula jadi yang sedia ada di sekitar lokasi perindustrian syarikat, agar dapat memberikan sumbangan dalam mendukung pembangunan daerah setempat, membuka peluang pekerjaan serta peluang keusahawanan kepada masyarakat sekitar dengan tidak mengabaikan kewajipan kami dalam usaha melestarikan sumber-sumber bahan mentah kayu yang menjamin kelangsungan industri untuk pihak SERAYU GROUP.

Kontribusi kami melalui kegiatan persemaian, pengedaran anak benih kepada masyarakat setempat dan menggalakkan kegiatan penanaman pokok dari jenis tanaman yang cepat tumbuh, tidak hanya bermanfaat bagi perindustrian dan masyarakat setempat tetapi juga bermanfaat untuk meningkatkan kualiti indeks alam sekitar serta pembangunan sosio-ekosistem di kawasan tersebut dan dalam menjalankan program penanaman ini, Serayu Group dari awal sehingga sekarang tidak pernah menjual benih, anak benih dan baja.

Sebagai tanda wujudnya rasa timbang rasa kami terhadap nilai persekitaran yang lain kami telah menjalankan program aktiviti sosial kepada komuniti setempat tentang identifikasi dan langkah pencegahan sejak dari awal terhadap serangan penyakit Gall Rust ( karah tumor ) pada tanaman albasia / sengon, dengan mengundang pakar penyakit karah tumor tersebut, iaitu Dr. Ir. Sri Rahayu dari Universitas Gajah Mada serta bekerjasama dengan Pemerintah Daerah setempat.

Kami berharap agar para pembaca, baik dari kalangan penjawat awam dan dari kalangan agensi perhutanan, organisasi berteraskan alam sekitar, mahupun masyarakat awam dari golongan para petani dan pekebun, dapat memahami dengan mudah bahawa menanam tanaman hutan komersial di atas tanah mereka akan dapat memberikan faedah yang besar samada bagi kelangsungan hidup mereka atau pun untuk meningkatkan mutu taraf hidup mereka.

Semoga kata pengantar ini dapat bermanfaat sebagai media informasi untuk memberikan gambaran seluas-luasnya mengenai SERAYU GROUP dalam kegiatan dan usaha untuk menggalakkan penanaman pokok yang berasaskan komuniti-masyarakat dan kami menerima cadangan serta kritikan yang bersifat membangun bagi kesempurnaan program ini.

Kepada semua pihak yang telah membantu terlaksananya program penanaman ini dengan baik, kami ucapkan terima kasih. Semoga usaha kita mendapat keredhaan dari Tuhan Yang Maha Kuasa.

PROFIL PERUSAHAAN

A. Gambaran Umum

Serayu group merupakan kumpulan persyarikatan swasta nasional yang bergerak dalam industri perkayuan bersama produk utamanya iaitu veneer, kayu lapis, bare core, block board dan S4S balsa.

Bahan mentah kayu yang digunakan oleh kelompok industri SERAYU GROUP, asasnya adalah kayu-kayu hasil tanaman perusahaan sendiri dan tanaman usahasama yang di bina oleh Serayu Group dari jenis kayu Sengon/Albasia ( Faraserianthes falcataria ), Kayu Afrika ( Maesopsis eminii ) , Gmelina ( Gmelina arborea ), Jabon ( Anthocephalus cadamba ), Balsa ( Lagophus ocroma ) dan jenis kayu-kayu dari tanaman yang cepat tumbuh.

Produk SERAYU GROUP yang diekspot oleh pengguna dari luar negara, dapat dijadikan sebagai bahan mentah untuk pembuatan lunch box ( kotak makanan ), kotak cenderamata, kotak curut, kotak jam, mainan kanak-kanak,perabot dan lain-lain. Hal ini bersesuaian dengan sifat dari produk kayu yang dihasilkan, yang pada umumnya berwarna putih & merah, sangat ringan, serta mudah untuk kerja pertukangan dan tidak mengandungi elemen ekstrak yang merbahaya selain kayunya yang mempunyai sifat pengawetan yang cukup kuat.

 Visi, Misi dan Tujuan Perusahaan

Visi

 Visi kami adalah menjadi tanggung jawab unit pengurusan di SERAYU GROUP untuk bekerja secara efektif dan rasional dalam memanfaatkan sumber daya alam sekitar semaksimal mungkin dengan memberi perhatian penuh terhadap segala aspek berkaitan kelestarian produksi, kelestarian ekologi dan juga dari aspek sosial.

Misi:

Menggalakkan penanaman pokok untuk jaminan ketersediaan sumber bahan mentah untuk industri di SERAYU GROUP pada masa yang akan datang.
Menanam pokok sebagai usaha ibadah yang nyata bagi insan yang mempunyai kepercayaan agama, dengan menyumbang kepada penambahan oksigen menjadi keperluan utama umat manusia.
Memamfaatkan tanah terbiar secara optimal, mengurangkan pemanasan global muka bumi dan meminimalkan potensi kejadian bencana alam seperti: tanah runtuh, banjir dan sebagainya serta dapat menepis dakwaan bahawa Indonesia bukanlah negara perosak hutan nombor satu di dunia seperti yang sering di tuduh contohnya seperti yang disampaikan pada penyelenggaraan Global Warming di Pulau Bali pada tanggal 31 Desember 2007 yang mana dakwaan tersebut adalah tidak benar.
Mengajak seluruh lapisan masyarakat dan Golongan Pemerintah untuk melakukan penanaman pohon baik kerja secara rakan terlatih  ataupun  rakan usahasama yang saling menguntungkan kedua-dua pihak.
Mengembangkan ekonomi rakyat untuk membantu pemerintah dalam usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan cara melibatkan masyarakat dalam penanaman pokok baik secara individu ataupun berkumpulan.

Tujuan

Menghasilkan kelas perindustrian kayu pertukangan/perkakasan untuk melestarikan sumber bahan mentah untuk industri di SERAYU GROUP.
Merancang aktiviti penanaman melalui program rakan-terlatih, rakan usahasama dan penanaman di kawasan milik sendiri.
Mengunjurakan kunci kira-kira kewangan dalam tempoh waktu perusahaan industri.
Menjana sumbangan untuk pembangunan ekonomi khususnya bagi masyarakat di sekitar kilang dan ladang iaitu melalui:
Penyerapan tenaga kerja tempatan
Peningkatan pendapatan asli daerah dari sektor kehutanan & penyewaan tanah
Mendorong pertumbuhan nilai sosio-ekonomi rakyat.

B. Sejarah Perusahaan

 Syarikat yang pertama di bangunkan oleh SERAYU GROUP adalah PT. Serayu Makmur Kayuindo yang terletak di Kabupaten Banjarnegara, di mulakan pada tahun 2000 dengan cara mengambil alih kilang yang sedia ada iaitu izin usaha industri primer, kilang perusahaan produk hasil dari hutan kayu yang di bangunkan oleh Dinas Perindustrian dan Perdagangan Provinsi Jawa Tengah dengan Nomor 503/1689.1/2001 jo Keputusan Kepala Dinas Perindustrian dan Perdagangan Provinsi Jawa Tengah Nomor 503/1841-1/2002.
 Berdasarkan Pasal 54 Peraturan Pemerintah Nomor 34 Tahun 2002, penguatkuasaan polisi, pembangunan dan perkembangan IPHHK ( Industri Primer Hasil Hutan Kayu ) di selia oleh Menteri Kehutanan dan berpandukan kepada  Pasal 3 Keputusan Menteri Kehutanan Nombor 300/Kpts-II/2003 jo. Peraturan menteri Kehutanan Nombor P.16/Menhut-II/2004, di sebutkan bahawa setiap permit untuk perindustrian primer bagi hasil hutan kayu wajib untuk didaftarkan semula, dan Permit akan di perbaharui melalui Keputusan Menteri kehutanan No. SK.1856/MENHUT-VI/BPPHH/2005 dengan kapasiti produksi veneer dan plywood sebanyak 48.000 m³/tahun. Pada tahun 2011 SERAYU GROUP telah memperoleh Sertifikasi Legalitas Kayu dengan nomor BRIK –VLK –0025.

C.   Pemasaran

Produk-produk yang dihasilkan oleh SERAYU GROUP selain di jual dalam pasaran tempatan sebahagian besarnya di peruntukkan untuk di ekspot ke beberapa negara  luar di antaranya adalah Jepun, Belanda, Kanada, Taiwan, Vietnam, Korea, Malaysia, Singapura dan beberapa negara di Timur Tengah. Produk yang dihasilkan adalah berupa kayu lapis ( plywood ), bare core, block board dan S4S balsa.
 SERAYU GROUP menjalin kerja sama dengan pihak pembeli di luar negera di bawah program usahasama yang saling menguntungkan dan mempunyai hala kesinambungan, di mana perkara ini di perkuatkan dengan aktiviti saling kunjung-mengunjung antara kedua-dua pihak.  Beberapa kumpulan pembeli yang sudah berkunjung ke tapak perindustrian kita dapat di lihat dari hasil tanaman mereka yang di bangunkan di kebun koleksi yang ada di Banjarnegera dan Majalengka, di mana setiap tetamu yang datang akan di beri sebatang anak benih untuk di tanam sendiri sebagai tanaman koleksi, demikian juga halnya dari pihak pengurusan SERAYU GROUP sendiri yang bukan sahaja turut beberapa kali berkunjung ke lokasi perindustrian pembeli di luar negera, bahkan membawa bersama beberapa orang peladang yang bekerjasama dengan pihak SERAYU GROUP.
 Produk yang di ekspot ke negara luar ini di olah kembali untuk menjadi pelbagai barangan, antaranya adalah lunch box, kotak cenderamata, kotak curut, kotak permainanan, kotak jam , perabot dan lain-lain.
 Permintaan dari tahun ke tahun meningkat, dan terus seiring dengan program penanaman yang di lakukan oleh pihak SERAYU GROUP, kerana perkara ini amat meyakinkan pihak pembeli bahawa bahan mentah yang di gunakan adalah bersifat mesra alam dan mesra masyarakat, iaitu dari hasil penanaman sendiri dan bersama kumpulan peladang usahasama di Serayu Group.

PROFIL PENELITIAN DAN PEMBANGUNAN TANAMAN

I. Latar Belakang

 Bahan mentah untuk pembekalan kayu kepada industri SERAYU GROUP di peroleh dari hasil pembelian secara bebas dari masyarakat peladang dan juga melalui program tanaman sendiri atau tanaman usahasama, dimana kayu tersebut terdiri dari Albasia, Jabon, Balsa serta tanaman cepat tumbuh yang lain.
  Kami menyedari seiring dengan bekalan kayu bulat balak yang berasal dari hutan semula jadi untuk menampung permintaan bahan mentah bagi industri perkayuan yang  semakin berkurang akibat dari penodaan hutan rimba oleh kegiatan pembalakan haram, maka permintaan ( demand ) terhadap kayu bulat hasil tanaman rakyat semakin hari akan semakin meningkat maka akan terjadi ketidakseimbangan antara keupayaan bekalan dan permintaan kayu bulat yang akhirnya akan memberi kesan kepada kelangsungan perindustrian yang mana impaknya cukup luas terutama sekali terhadap sumber tenaga kerja ataupun perekonomian secara nasional dengan mengambil ingat yang 50 persen hasil produksi dari SERAYU GROUP adalah produk untuk ekspot.
 Selain itu juga isu pemanasan global yang sedang hangat di perdebatkan sekarang ini sangat memperkecilkan Bangsa Indonesia yang di anggap sebagai negara paling cepat di dunia apabila berbicara tentang penodaan hutan seperti yang disampaikan pada Konferensi tentang Global Warming yang diacarakan di Bali pada pada 31 Desember 2007.
 Di samping itu juga kebelakangan ini sering terjadi bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, dan kemarau yang di sebabkan oleh pemusnahan alam sekitar. Maka Serayu Group melakukan banyak penelitian serta mencari kaedah untuk mengatasi masalah ini dan bersedia menghadapinya untuk terus maju ke depan.

II.     Tujuan

 Berdasarkan latar belakang tersebut maka Serayu Group melakukan program penanaman dengan tujuan :
Menjaga kelangsungan bahan mentah di masa yang akan datang agar stabiliti produksi dapat di pertahankan sehingga tidak menimbulkan impak yang negatif terhadap tenaga kerja dan sekaligus turut juga menjaga perekonomian secara nasional.
Menepis anggapan dunia antarabangsa terhadap Bangsa Indonesia yang di anggap sebagai negara pemusnah hutan tercepat di dunia – adalah tidak benar sama sekali.
Menyertai pergerakan dalam usaha mencegah bencana alam dan sekaligus menjaga kelangsungan air di masa yang akan datang.
Menunjukkan kepada para pembeli luar bahawa produk yang di hasilkan oleh Serayu Group adalah produk yang mesra alam.

III.      Penanaman

Untuk merealisasikan program penanaman tersebut, SERAYU GROUP melakukan 2 (dua) cara iaitu :

1. Mengedarkan Anak Benih kepada Masyarakat

Sejak dari awalnya SERAYU GROUP sentiasa berusaha mewujudkan misi perindustrian yang juga memberi perhatian kepada alam sekitar dan masyarakat melakukan aktiviti pemberian anak benih albasia kepada masyarakat di Kabupaten Banjarnegara melalui Dinas Kehutanan dan Lingkungan Hidup sebanyak 200.000 batang setahun, dan aktiviti ini di lakukan dari tahun 2000 sehingga tahun 2006.
Namun kaedah ini di lihat sebagai kurang effektif ketika mana SERAYU GROUP mencuba untuk melakukan analisis terhadap produk yang di hasilkan dengan mengajak komuniti masyarakat untuk turut serta dalam program PHMBL ( Pengelolaan Hutan Berbasis Masyarakat secara Lestari ) adalah sangat sukar untuk di kelolakan.

2. Melakukan Penanaman

 Sejak tahun 2007 SERAYU GROUP mulai melakukan penanaman sendiri baik di atas ladang milik sendiri ataupun di ladang milik masyarakat setempat ( usahasama ) atau bekerjasama dengan sistem yang mengikat kedua-dua belah pihak iaitu melalui 3 ( tiga ) kaedah seperti berikut :
    a. Penanam di atas ladang sendiri ( Tanaman Milikan Sendiri )
    b. Penanaman di ladang masyarakat  ( Tanaman Usahasama )
    c. Penanaman dengan program bagi hasil ( Tanaman Kerjasama Terlatih ).
 Ketiga-tiga sistem tersebut ketika ini telah berjalan dan tersebar di beberapa lokasi serta di lakukan pemantauan secara rutin dan di beri istilah BINAAN SERAYU GROUP.
       Untuk memenuhi keperluan anak benih Serayu Group telah membuat tapak persemaian sendiri yang terletak di Jawa Tengah, Jawa Barat, Sumatera Selatan dan Sumatera Utara.
Adapun jenis tanaman yang di bangunkan adalah :
      1.   Albasia ( Faserianthes falcata  )
      2.   Afrika (  Maeopsis eminii )
      3.   Jabon ( Anthocepalus cadamba )
      4.   Gamelina  ( Gmelina arborea )
      5.   Balsa ( Lagopus ocrhoma ) dan jenis tanaman cepat tumbuh lainnya.
Sasaran penanaman tidak hanya bertumpu di Pulau Jawa sahaja yang subur tanahnya akan tetapi di lakukan juga di ladang–ladang kritikal yang jumlahnya ribuan hektar dan banyak terdapat di Pulau Sumatera dengan cara berkempen secara aktif di pelbagai berbagai lapisan, samada masyarakat biasa, birokrat, pelatih, pengusaha industri, pesantren bahkan institusi kewangan pun sudah ada yang tertarik untuk ikut serta untuk melabur dalam usaha penanaman pokok di bawah BINAAN SERAYU GROUP.
Sebagai Pembina utama, SERAYU GROUP menugaskan secara rutin setiap 3 ( tiga ) bulan sejumlah tenaga ahlinya untuk memantau seluruh kegiatan penanaman sejak dari persemaian sampai kepada penuaian.
Selain itu sebagai perusahaan yang peduli terhadap kelestarian alam sekitar, SERAYU GROUP juga turut aktif dalam program aksi Tanam Serentak Nasional dengan cara menyumbangkan 200.000 pokok yang pelaksanaannya di langsungkan pada 21 November 2007, yang mana simbolis penanamannya dilakukan oleh Bapak Menteri Kehutanan, MS Kaban  di  Wonosobo, Jawa Tengah dan berperanan aktif dalam kegiatan yang sama di Kabupaten Lumajang, Jawa Timur di bawah kepimpinan Bupati Lumajang.
Dengan yang demikian kegiatan sosial-komuniti dan penanaman pokok yang di lakukan oleh SERAYU GROUP selain bertujuan untuk menjaga kestabilan sumber bahan mentah di masa yang akan datang turut menyumbang kepada pergerakan untuk membantu pemerintah dalam mempertingkatkan daya ekonomi rakyat kecil, serta ikut mengatasi permasalahan pemanasan global yang di hadapi oleh dunia saat ini, kerana penanaman yang di lakukan selain di ladang produktif juga di ladang tidak-produktif dan manfaatnya dapat di rasakan bukan sahaja oleh masyarakat setempat dan masyarakat Indonesia bahkan juga sampai kepada masyarakat dunia.
 Hari ini kawasan ladang di bawah program penanaman oleh Serayu Group sehingga tahun 2014 telah meliputi 10 Wilayah iaitu Jawa Barat ( Kuningan, Cirebon, Majalengka, Tasikmalaya, Ciamis, Bogor, Cianjur dsb ), Jawa Tengah ( Wonosobo, Kebumen dsb ), Jawa Timur ( Lumajang, Banyuwangi, Bondowoso,  dsb ), DI Yogjakarta ( Sleman, Kulon Progo ), DKI Jakarta ( Kelapa Gading ) dan Banten ( Serang, Rangkas Bitung dsb ). Untuk wilayah luar Jawa yang berada di Provinsi Riau, Bangka Belitung, Sumatera Selatan dan Sumetera Utara luas kawasan ladang adalah sebanyak 22.402 hektar dengan jumlah tanaman sebanyak 26.466.660 pokok serta berjaya membangunkan sebanyak 18.355 kelompok tani termasuk dari kalangan pesantren. Mulai awal tahun  2013 Serayu Group di anugerahkan kepercayaan untuk menjadi konsultan penanaman pokok di Malaysia dengan luas ladang yang sudah, sedang dan akan di tanam adalah 12.500 hektar.
Pelbagai penghargaan berikutan program penanaman tersebut juga telah di peroleh oleh Serayu Group baik dari dalam mahupun luar negeri. Bagi peringkat dalam negeri anugerah dari Pemerintah melalui Kementerian Kehutanan berupa Penghargaan Prima Wana Mitra bermula dari katagori Perak sehingga Platinum dimana ianya di peruntukkan kepada industri yang mengambil peduli terhadap pembangunan hutan rakyat. Sedangkan anugerah dari luar negeri datangnya dari University of Malaya ( Malaysia ) yang mengiktiraf industri yang mesra alam dan giat berperanan dalam usaha penyelamatan bumi melalui aktiviti penanaman pokok.
Serayu juga sering memanfaatkan masa untuk berkempen dan mengetengahkan sekaligus mengajak masyarakat dari berbagai lapisan untuk menanam pokok. Contohnya seperti undangan untuk menyertai pelbagai seminar yang di anjurkan oleh Pemerintah Pusat ( Kementerian Kehutanan ), Pemerintah Daerah  Propinsi dan Kabupaten / Kota, melalui Dinas Kehutanan dan Perkebunan  (Jawa Barat, Jawa Tengah, Sulawesi Utara, Sumatera Utara,  Wonosobo, Banjarnegara, Purworejo, Pemalang, Ciamis, Tasik Malaya, Kuningan, Cirebon, Lumajang ), Lembaga Masyarakat seperti HKTI ( Kabupaten Banjarnegara dan Propinsi Yogjakarta ), Lembaga Pendidikan Tinggi di antaranya STIE Taman Siswa Kabupaten Banjarnegara dan Universitas Gajah Mada Yogjakarta baik sebagai penceramah dalam seminar mahupun sebagai undangan menjadi tetamu di Fakultas Kehutanan, Lembaga Penelitian seperti Litbang Kehutanan Manado dan Balai Besar Litbang Kehutanan Yogjakarta .
Selanjutnya untuk mencapai hasil tuaian yang maksimum Serayu Group juga kerap mengadakan program penerangan kepada masyarakat peladang dan kesedaran tentang penyakit-penyakit yang dapat memusnahkan tanaman termasuk kaedah mengatasinya, seperti penyakit karah tumor pada tanaman albasia / sengon melalui cara bekerjasama dengan pakar penyakit pada tanaman dari Universitas Gajah Mada, Ibu Dr. Ir. Sri Rahayu.
Sehingga sekarang dan masa yang akan datang penanaman masih terus di lakukan dan Serayu Group ke depannya akan lebih mudah untuk membangunkan industrinya dalam menghadapi persaingan yang semakin hari semakin banyak yang meramaikan industri perkayuan terutamanya dalam menghadapi pasaran terbuka yang sekarang sedang rancak berjalan pada masa sekarang.

CSR ( COMPANY SOCIAL RESPONSIBILITY )

Sejak tertubuhnya SERAYU GROUP yang pada awalnya di mulakan dengan PT. Serayu Makmur Kayuindo ( SMK I ) pada awal tahun 2000 di Kabupaten Banjarnegara maka telah wujud kerjasama dengan Pemerintah Daerah Kabupaten sebagai tanda kepedulian terhadap pembangunan dan kemajuan masyarakat yang antara lainnya :
Sehingga tahun 2007 PT. SMK telah mengedarkan anak benih pokok sengon / Albasia kepada masyarakat ( Peldang ) di wilayah Kab. Banjarnegara, setiap tahunnya sebanyak 200.000 pokok, mulai sejak tahun 2000 yang di edarkan kepada Pemerintah Kab. Banjarnegara yang dalam perkara ini di wakili Dinas Kehutanan dan Lingkungan Hidup Kab. Banjarnegara yang pada awalnya di salurkan  melalui DPKT  ( Dinas Perhutanan dan Konversi Tanah ).
Membantu Perpustakaan Kabupaten Banjarnegara ( mulai sejak tahun 2000 sampai dengan 2006 ) dengan  memberikan bantuan berupa buku –buku, rak ( almari ) buku, dan 8 unit computer untuk keperluan pengurusan dan internet dan sehingga saat ini perpustakaan Banjarnegara telah menjadi Perpustakaan yang cukup lengkap dari segi koleksi buku dan banyak di kunjungi oleh pembaca dari kalangan pelajar, mahasiswa dan masyarakat dari Kabupaten Banjarnegara mahupun dari luar Kabupaten Banjarnegara.
Mulai Ogos 2004 sehingga Mei 2006 secara rutin dan setiap bulan PT. SMK memberikan Biasiswa kepada 500 orang pelajar sekolah dasar yang dalam pelaksanaannya bekerjasama dengan Dinas Pendidikan dan Kebudayaan Kab. Banjarnegara.
Seiring dengan pembangunannya  sekarang ini Serayu Group juga telah ikut memberi perhatian kepada pondok pesantren dengan mengusahakan ladang-ladang yang tidak produktif di kawasan pesantren kepada ladang yang produktif dan membantu melengkapkan keperluan para santri ( pelajar pondok ) seperti almari baju, rak buku dan tempat tidur, seperti di Pondok Pesantren Jawa Barat dan Jawa Timur. Bahkan sebahagian karyawan dan karyawati Serayu Group berasal dari para santri.
 Bagi menumbuhkembangkan semangat untuk memelihara dan peduli terhadap alam sekitar, Serayu Group juga aktif mengetengahkan program penanaman pokok kepada komuniti pemerintah maupun swasta. Daerah Khusus Ibukota tak lepas dari sasaran penghijauan, yang mana DKI Jakarta adalah antara salah satu Ibukota Negara yang mempunyai indeks pencemaran yang cukup tinggi, iaitu dengan mengadakan penanaman di Mako Puspomal Kelapa Gading Jakarta Utara, seluas lebih kurang 18 hektar.
Motto Serayu Group:
“Jika Anda membeli Produk Kayu Lapis dan hasil Produksinya yang lain dari pada PT. SERAYU MAKMUR KAYUINDO, maka secara tidak langsung Anda telah melakukan Ibadah Yang Terang, iaitu Penyelamatan Bumi Kita melalui Aktiviti Penanaman Pokok”